Saturday 10 December 2011

Panduan pengajaran senivisual II


M E M B E N T U K  D A N  M E M B U A T
B I N A A N
Tahun
:
1
Bidang
:
Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti
:
Model
Tema
:
Alam Benda
Tajuk
:
Kenderaan
Masa
:
60 minit
Media
:
Alat : gunting
Bahan : kertas warna, gam, kotak, magic pen,
dan pensel
Bahan bantu Mengajar
:
Contoh model yang sedia ada dan video cara membuat model
EMK
:
Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK

STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, bentuk, warna, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan model.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan model.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan model.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.


STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan beberapa contoh-contoh model kenderaan seperti bas, van, dan lain-lain.
Guru menerangkan unsur bentuk dengan menekankan ba-hawa bentuk boleh dijadikan model kenderaan.
Guru menyatakan ciri-ciri sebuah model kenderaan.

Aplikasi Seni
Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan model kenderaan (bas).
Guru menayangkan video cara membuat model sebuah bas menggunakan kotak dan kertas warna.

Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan model kenderaan (bas) dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
Meratakan gam dan membalut kotak berbentuk kuboid menggunakan kertas warna yang pertama.

Langkah 2
Melakarkan tingkap dan pintu bas menggunakan pensel pada kertas warna yang kedua.
Menindih lakaran menggunakan magic pen.
Menggunting dan menampal pada badan bas.

Langkah 3
Membuat tayar menggunakan kotak terpakai.
Menekap bulatan tayar menggunakan duit syiling, tudung botol, dan lain-lain.
Menggunting tekapan, mewarna, dan menampal tayar pada badan bas.







STANDARD PEMBELAJARAN


ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 4
Membuat kemasan secara kreatif dengan menambah aksesori pada badan bas seperti cermin, lampu, dan lain-lain.

Apresiasi Seni
Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa penghasilan model bas.
Murid menerangkan fungsi model yang dihasilkan.
Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.














M E G E N A L
K R A F
T R A D I S I O N A L
Tahun
:
1
Bidang
:
Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti
:
Anyaman
Tema
:
Alam Semula Jadi
Tajuk
:
Anyaman Kelarai
Masa
:
60 minit
Masa
:
Alat : gunting
Bahan : dua helai kertas A4 berlainan warna dan gam
Bahan Bantu Mengajar
:
gambar, contoh anyaman yang telah dihasilkan dan CD lagu
EMK
:
Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, jalinan, warna, kontra, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan anyaman kelarai.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan anyaman.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan anyaman.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.














STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Nyanyian lagu ”Kalau Rasa Gembira” dengan iringan muzik
Kalau rasa gembira, tepuk tangan 2x
Kalau rasa gembira, hentak kaki 2x
Kalau rasa gembira, petik jari 2x
Kalau rasa gembira, kata hooray 2x
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira buat semua.
Aplikasi Seni
Menunjukkan contoh kelarai mata bilis.
Bersoal jawab tentang:

Unsur Seni – garisan, rupa, jalinan, warna.
Prinsip Rekaan ritma dan pergerakan.
Mengenal media atau bahan gantian.
Menunjuk cara menyediakan anyaman kelarai mata bilis bagi mendapatkan idea perancangan proses kerja.

Ekspresi Kreatif
Murid membuat langkah berikut dengan bimbingan guru

Langkah 1
Memilih media atau bahan gantian.
Menyediakan tapak anyaman dan jaluran kertas secara lipatan dan guntingan.

Langkah 2
Membuat anyaman kelarai mata bilis seperti yang telah ditunjukkan.

Langkah 3
Membuat kemasan pada hasil kerja.







 P E N D A H U L U A N


Seni Visual adalah mata pelajaran yang menjurus kepada bidang kegiatan seni tampak atau visual. Ia tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif, dan aktif. Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita

 M A T L A M A T

Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat memberikan sumbangan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

O B J E K T I F

Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat :
1. menghargai keindahan alam ciptaan tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan meyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, dispilin diri, dan bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
10. melibatkan diri dalam 

M E N G G A M B A R

 

Tahun
:
1
Bidang
:
Menggambar
Aktiviti
:
Catan
Tema
:
Alam Benda
Tajuk
:
Rumah Idamanku
Masa
:
60 minit
Media
:
Alat : berus warna, palet, dan surat khabar lama
Bahan: kertas lukisan, pensel dan warna air, atau warna poster atau tempera
Bahan Bantu Mengajar
:
Contoh slaid atau gambar pemandangan sebuah rumah
EMK
:
Elemen Kreativiti dan Inovatif


STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, warna, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik catan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.


STANDARD PEMBELAJARAN

          ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
Guru meminta murid menyebut warna yang ada pada pokok, bunga, awan, dinding, dan atap rumah.
Berdasarkan objek yang disebutkan, guru meminta murid mengelaskan objek buatan manusia dan ciptaan Tuhan.
Guru menunjukkan satu hasil karya yang

mengandungi gambar rumah, awan, dan pokok bunga.
Aplikasi Seni
Guru menunjukkan 2 jenis gambar yang dihasilkan daripada 2 media yang berbeza iaitu pensel warna dan tempera, warna air atau warna poster.
Guru meminta murid membandingkan perbezaan dan persamaan antara kedua-dua gambar itu.
Guru memberikan penerangan tentang media yang digunakan dengan cara yang betul.
Guru menayangkan video teknik cara menyapukan warna pada permukaan kertas lukisan.

Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan karya dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
Guru mengedarkan kertas lukisan dan bancuhan warna kepada murid.
Murid diminta membuat lakaran sebuah rumah dan beberapa batang pokok atau bunga.

Langkah 2
Murid mewarna lakaran gambar mengikut kreativiti

masing-masing dengan bimbingan guru

Apresiasi Seni
Murid mempamerkan dan menceritakan hasil karya mereka.
Murid memberi pendapat tentang karya rakan. 







M E N G G A M B A R



Tahun
:
1
Bidang
:
Menggambar
Aktiviti
:
Capan
Tema
:
Alam Semula Jadi
Tajuk
:
Jambangan Bunga
Masa
:
60 minit
Media
:
Alat : berus warna, bendi bawang, palet dan
surat khabar lama
Bahan : kertas lukisan, warna air atau warna poster atau tempera
Bahan Bantu Mengajar
:
Contoh-contoh hasil karya daripada teknik capan
EMK
:
Elemen Kreativiti dan Inovatif




STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, jalinan, dan harmoni) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik capan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.







STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan media yang belum dipotong.

Contoh: bendi dan bawang
Murid cuba menceritakan fungsi media tersebut.
Guru memberitahu murid bahawa media tersebut boleh

dijadikan bahan untuk capan.
Guru menunjukkan contoh-contoh karya yang terhasil

daripada teknik capan.
Aplikasi Seni
Guru menunjukkan bendi dan bawang yang belum dipotong.
Guru menerangkan kesan permukaan yang terdapat pada permukaan bendi dan bawang dengan menghubungkaitkan bahasa seni visual seperti garisan dan jalinan.

Ekspresi Kreatif
Murid membuat penerokaan pada bahagian lipatan pertama kertas lukisan.
Murid menghasilkan corak teknik capan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
Guru menunjuk cara memotong bendi dan bawang.
Guru mengedarkan kertas lukisan, bendi, dan bawang yang telah dipotong kepada murid dan menerangkan cara menggunakannya.
Guru mengedarkan warna kepada murid.









STANDARD PEMBELAJARAN


ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 2
Guru menunjuk cara melipat kertas lukisan mereka menjadi dua bahagian.

Bahagian 1 penerokaan (murid membuat corak bebas).
Bahagian 2 penghasilan karya (jambangan bunga).
Guru menunjuk cara penggunaan media

i. sapukan warna pada bendi atau bawang yang telah dipotong.
ii. capkan bendi atau bawang untuk menghasilkan gambar bunga.
Apresiasi Seni
Murid menceritakan karya sendiri secara lisan.
Murid diminta mencari media lain yang sedia ada pada mereka untuk digunakan sebagai alat untuk teknik capan.

Contoh : jari
Guru menerangkan fungsi karya tersebut boleh digunakan sebagai pembalut buku, pembalut hadiah, dan sebagainya .








M E N G G A M B A R



Tahun
:
1
Bidang
:
Menggambar
Aktiviti
:
Kolaj
Tema
:
Alam Benda
Tajuk
:
Rumahku
Masa
:
60 minit
Media
:
Alat : gunting
Bahan : kertas lukisan, kertas warna dan gam.
Bahan Bantu Mengajar
:
Contoh slaid atau gambar Rumahku dengan
teknik kolaj
EMK
:
Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, warna, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik kolaj.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya seni dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan contoh hasil lukisan.
Guru menunjukkan paparan slaid rumah.
Guru menyatakan perbezaan antara lukisan dan kolaj.

Aplikasi Seni
Guru menunjukkan contoh beberapa rupa rumah, pokok bunga, batu, dan pokok yang telah dipotong pada kertas warna.
Guru memberitahu bahawa rupa-rupa ini jika disusun akan menjadi satu komposisi pemandangan yang menarik.
Guru meminta murid menyatakan bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya.

Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Guru mengedarkan templat (rupa : atap, dinding, pokok dan awan), kertas lukisan dan kertas warna kepada setiap kumpulan.
Murid menekap templat pada kertas warna yang diberi oleh guru secara individu.
Murid menggunting kertas warna mengikut rupa atap, dinding, pokok, dan awan dengan bimbingan guru.






M E M B U A T   C O R A K
D A N R E K A A N
Tahun
:
1
Bidang
:
Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti
:
Titisan
Tema
:
Alam Benda
Tajuk
:
Pembalut Hadiah
Masa
:
60 minit
Media
:
Alat : berus,palet
Bahan : kertas lukisan dan warna air atau
warna poster atau tempera
Bahan Bantu Mengajar
:
Contoh-contoh corak teknik titisan
EMK
:
Elemen Kreativiti dan Inovatif
Keusahawanan

STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual ( unsur seni dan prinsip rekaan : warna, jalinan, ritma, dan pergerakan, serta imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik titisan.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,



STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru memainkan lagu „Selamat Hari Jadi.
Guru bersoal jawab tentang majlis hari jadi yang pernah di-hadiri oleh mereka.
Guru menunjukkan kotak yang telah disampul atau dibungkus dengan pembalut hadiah.
Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan seperti jalinan, warna, ritma dan pergerakan, dan imbangan pada pembalut hadiah yang telah ditunjukkan.

Aplikasi Seni
Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak titisan.
Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak titisan.
Guru menunjuk cara untuk menghasilkan corak dengan teknik titisan.

Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan corak teknik titisan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
Sediakan sekeping kertas lukisan.
Basahkan kertas dengan air.
Bancuh cat air atau tempera dalam palet.
Buat bancuhan warna primer dan sekunder.

Langkah 2
Celupkan berus dalam warna dan titiskan pada kertas lukisan secara bebas.

Langkah 3
Ulangi langkah 2 dengan warna yang berbeza.

Langkah 4
Jemur kertas lukisan sehingga kering.

Apresiasi Seni
Murid mempamerkan hasil kerja.
Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.
Guru membuat rumusan dan memberi cadangan agar murid menggunakan karya mereka untuk dijadikan pembalut hadiah serta membincangkan harga untuk karya mereka.