Saturday 10 December 2011

Panduan pengajaran senivisual II


M E M B E N T U K  D A N  M E M B U A T
B I N A A N
Tahun
:
1
Bidang
:
Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti
:
Model
Tema
:
Alam Benda
Tajuk
:
Kenderaan
Masa
:
60 minit
Media
:
Alat : gunting
Bahan : kertas warna, gam, kotak, magic pen,
dan pensel
Bahan bantu Mengajar
:
Contoh model yang sedia ada dan video cara membuat model
EMK
:
Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK

STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, bentuk, warna, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan model.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan model.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan model.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.


STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan beberapa contoh-contoh model kenderaan seperti bas, van, dan lain-lain.
Guru menerangkan unsur bentuk dengan menekankan ba-hawa bentuk boleh dijadikan model kenderaan.
Guru menyatakan ciri-ciri sebuah model kenderaan.

Aplikasi Seni
Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan model kenderaan (bas).
Guru menayangkan video cara membuat model sebuah bas menggunakan kotak dan kertas warna.

Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan model kenderaan (bas) dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
Meratakan gam dan membalut kotak berbentuk kuboid menggunakan kertas warna yang pertama.

Langkah 2
Melakarkan tingkap dan pintu bas menggunakan pensel pada kertas warna yang kedua.
Menindih lakaran menggunakan magic pen.
Menggunting dan menampal pada badan bas.

Langkah 3
Membuat tayar menggunakan kotak terpakai.
Menekap bulatan tayar menggunakan duit syiling, tudung botol, dan lain-lain.
Menggunting tekapan, mewarna, dan menampal tayar pada badan bas.







STANDARD PEMBELAJARAN


ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 4
Membuat kemasan secara kreatif dengan menambah aksesori pada badan bas seperti cermin, lampu, dan lain-lain.

Apresiasi Seni
Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa penghasilan model bas.
Murid menerangkan fungsi model yang dihasilkan.
Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.














M E G E N A L
K R A F
T R A D I S I O N A L
Tahun
:
1
Bidang
:
Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti
:
Anyaman
Tema
:
Alam Semula Jadi
Tajuk
:
Anyaman Kelarai
Masa
:
60 minit
Masa
:
Alat : gunting
Bahan : dua helai kertas A4 berlainan warna dan gam
Bahan Bantu Mengajar
:
gambar, contoh anyaman yang telah dihasilkan dan CD lagu
EMK
:
Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, jalinan, warna, kontra, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan anyaman kelarai.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan anyaman.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan anyaman.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.














STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Nyanyian lagu ”Kalau Rasa Gembira” dengan iringan muzik
Kalau rasa gembira, tepuk tangan 2x
Kalau rasa gembira, hentak kaki 2x
Kalau rasa gembira, petik jari 2x
Kalau rasa gembira, kata hooray 2x
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira buat semua.
Aplikasi Seni
Menunjukkan contoh kelarai mata bilis.
Bersoal jawab tentang:

Unsur Seni – garisan, rupa, jalinan, warna.
Prinsip Rekaan ritma dan pergerakan.
Mengenal media atau bahan gantian.
Menunjuk cara menyediakan anyaman kelarai mata bilis bagi mendapatkan idea perancangan proses kerja.

Ekspresi Kreatif
Murid membuat langkah berikut dengan bimbingan guru

Langkah 1
Memilih media atau bahan gantian.
Menyediakan tapak anyaman dan jaluran kertas secara lipatan dan guntingan.

Langkah 2
Membuat anyaman kelarai mata bilis seperti yang telah ditunjukkan.

Langkah 3
Membuat kemasan pada hasil kerja.





No comments: